
25 April 2012, En Faizal bersama En. Khairul telah hadir ke SMK Padang Engang untuk melakukan pemantauan PSS, ICT dan Media. SMK . Padang Enggang merupakan sekolah yang baru beroperasi. Dalam proses pemantauan En Faizal telah berjumpa dengan guru GPM sekolah iaitu Cikgu Norhazila bt Abdullah bagi mengetahui sejauh mana perjalanan dan pengurusan PSS.
|
18 April 2012, Encik Faizal bersama PTP2 dan JTK telah pergi ke Maktab Sultan Ismail untuk membuat pemantauan kali pertama tentang ICT, Media dan PSS. Bagi pemantauan ICT dan Media PTP2 En Khairul bersama JTK En Sharmi telah berjumpa dengan guru ICT iaitu cikgu Anuar bin Fauzi dan guru bilik Media cikgu Afifah bt Abdullah. Manakala En Faizal berjumpa dengan Guru Penyelaras Media iaitu cikgu Afifah bt Abdullah bagi memantau PSS. Hasil daripada pemantauan didapati Pengurusan Bahan Sumber dan Aplikasi Bahan Media diurus dengan kurang sempurna berpandukan buku log begitu juga kemudahan Kampus Astro tidak digunakan dengan baik berpandukan buku log. Bagi pemantauan ICT, makmal komputer digunakan dengan baik , tetapi kebanyakkan komputer telah rosak dan mengakibatkan proses P&P tidak dapat berjalankan dengan sempurna. Sekolah juga telah menerima bekalan internet baru iaitu YES 4G. Bagi pemantauan PSS En Faizal berpuas hati dengan penguruan bilik PSS dan secara keseluruhannya didapati sekolah telah menggunakan kemudahan yang dibekalkan dengan baik,tahniah dan syabas diucapkan.
21 Mac 2012, PKG Kota sekali lagi telah mengadakan Kursus Pengurusan PSS dan NILAM untuk Guru Perpustakaan dan Media, serta Guru NILAM sekolah kelompok. Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22 Mac bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
19 Mac 2012, pada tahun ini PKG Kota telah mengadakan kursus Teknopen iaitu Kursus Asas Adobe Photoshop CS3 dan Editing video kepada Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT sekolah kelompok PKG Kota.
08 Mac 2012, Seminar Pemuafakatan 1 Malaysia PKG Daerah Kota Bharu Tahun 2012 telah diadakan di SMK Tanjong Chat yang dihadiri oleh seramai 190 orang Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kelompok PKG Daerah Kota Bharu.Seminar yang diadakan telah diadakan dengan kerjasama Biro Tata Negara Cawangan Negeri Kelantan dan pertama kali diadakan di luar premis BTPN Kelantan.
|


























































